Enam Hak Pengguna Lindungi Data Peribadi

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Data Peribadi yang diluluskan pada Jun 2010 memberikan enam hak utama kepada pengguna di negara ini bagi memastikan data peribadi mereka tidak disalah guna oleh pihak berkepentingan.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Prof Abu Bakar Munir berkata enam hak yang diperuntukkan kepada pengguna ialah sesebuah organisasi perlu memberitahu sama ada telah memproses data pengguna itu atau tidak, mempunyai hak untuk mengakses data itu, membetulkan serta membatalkan kebenaran untuk memproses data mereka.

Selain itu, beliau berkata pengguna juga boleh menghalang organisasi terbabit daripada menggunakan data peribadi itu sehingga boleh menyebabkan gangguan dan juga hak untuk menghalang pihak tertentu daripada memproses data peribadi bagi tujuan pemasaran secara langsung.

"Di United Kingdom, hak ini sentiasa digunakan oleh para artis dan selebriti di mana dalam satu kes, Naomi Campbell membawa kes seorang jurugambar akhbar 'Daily Mirror' ke mahkamah kerana menyiarkan gambar supermodel itu di dalam akhbarnya tanpa kebenaran sehingga menyebabkan tekanan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Personal Data Protection Act 2010: To Comply Is To Know pada seminar kesedaran perlindungan Data Peribadi 2012 di sini, Khamis.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 telah diluluskan oleh Kabinet pada Jun 2010 bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data untuk mengadakan perlindungan kepada data peribadi individu itu, dan dengan itu, melindungi kepentingan individu berkenaan.

Menurut rang undang-undang itu seseorang pengguna data yang melanggar peruntukan Seksyen 5(1) telah melakukan satu kesalahan dan berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, denda RM200,000 atau kedua-dua sekali.

Seksyen itu memperuntukkan bahawa pemprosesan data peribadi oleh seseorang pengguna data hendaklah mematuhi prinsip perlindungan data peribadi iaitu prinsip am, prinsip notis dan pilihan, prinsip penzahiran, prinsip keselamatan, prinsip penyimpanan, prinsip integriti data dan prinsip akses.

Dalam sesi soal jawab, Abu Bakar berkata data peribadi seseorang hanya boleh disimpan dalam tempoh tertentu sahaja.

"Data boleh disimpan untuk sesuatu tujuan dan sekiranya tujuan dipenuhi maka data itu harus dihapuskan. Ini bermakna tidak boleh simpan data untuk selamanya.

Seminar yang berlangsung sehari ini dihadiri 400 peserta terdiri pengamal undang-undang serta pegawai agensi kerajaan, sektor swasta dan juga pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan