Bawa Keluar Kertas Undi Boleh Dipenjara - SPR

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sesiapa yang membawa keluar kertas undi dari pusat pengundian boleh dikenakan denda dan dipenjara.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Othman Noh, ramai yang tidak mengetahui akan kesalahan berkenaan yang termaktub di bawah Seksyen 3(1)(h) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Mengikut seksyen berkenaan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat persiapan pilihan raya kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, Khamis.

Bagaimanapun, menurut Othman, setakat ini tiada sesiapa di Pahang yang ditahan atau didakwa mengikut seksyen itu.

Beliau berkata taklimat berkenaan bertujuan menekankan persiapan daripada segi aspek keselamatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata seramai 100 anggota polis termasuk ketua-ketua balai dan ketua cawangan polis daerah Kuantan menghadiri sesi taklimat berkenaan.

Beliau juga berkata polis Kuantan telah mengadakan beberapa latihan seperti latihan kepada penyelia saluran, tempat mengundi, zon tertentu serta telah mengenal pasti anggota yang bakal ditempatkan mengawal kawasan-kawasan tertentu semasa pilihan raya nanti. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan