29 Pelajar Sekolah Di Pendang Keracunan Makanan

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Seramai 29 orang murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Sungai Tiang dekat sini mengalami keracunan makanan setelah makan nasi lemak disediakan kantin sekolah terbabit di bawah Rancangan Makanan Tambahan pagi Khamis.

Mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Tiang bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Seorang murid Muhamad Faiz Hafiz Mohd Noor, 12, berkata dia terpaksa berulang-alik ke tandas sebanyak lapan kali kerana mengalami sakit perut dan cirit-birit berlarutan selepas makan nasi lemak itu.

"Saya juga muntah lima kali serta pening kepala sehingga saya tidak tahan dan memaklumkannya kepada cikgu supaya dibawa ke klinik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolah itu, Khamis.

Faiz Hafiz berkata dia terasa kuah sambal dalam nasi lemak itu masam dan pedas namun tidak mengesyaki sebarang perkara tidak baik.

Seorang lagi murid Muhamad Izzat Zakri, 11, pula berkata dia turut mengalami cirit-birit dan muntah serta badannya berasa panas selepas makan nasi lemak berkenaan.

Muhamad Izzat berkata hari ini (Khamis) pertama kali pihak kantin sekolah itu menyediakan nasi lemak dan sebelum ini tidak ada sebarang masalah yang timbul daripada menu yang disediakan.

Jurucakap Klinik Kesihatan Sungai Tiang ketika dihubungi Bernama mengesahkan mengenai kejadian itu dan berkata berdasarkan pemeriksaan kesihatan, keadaan kesihatan murid-murid itu stabil.

"Tahap keracunan makanan yang dialami murid-murid ini tidak serius sehingga perlu dibawa ke hospital," katanya.

Pengurusan sekolah berkenaan enggan mengulas ketika dihubungi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan