Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang Dilucutkan Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zamil Ibrahim
Zamil Ibrahim

PETALING JAYA: Krisis Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) semakin parah apabila pengerusi parti itu peringkat negeri Kedah dan Pulau Pinang dilucutkan jawatan masing-masing berkuat-kuasa serta merta.

Pelucutan jawatan kedua-dua pemimpin parti peringkat negeri itu iaitu Zamil Ibrahim (Kedah) dan Tan Tee Beng (Pulau Pinang) dibuat sebulat suara pada mesyuarat jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman pada malam Isnin.

Ketua Penerangan Kita, Mohamed Mazlan Abdul Manaf berkata, keputusan berkenaan diambil selepas meneliti pelbagai faktor serta kenyataan yang dibuat Zamil dan Tan terutama berhubung hasrat pembubaran kita.

"Kedua-dua mereka hanya dilucutkan jawatan, bukannya dipecat daripada parti. Mereka masih lagi menjadi ahli parti Kita.

"Ada pelbagai pertimbangan yang kita ambil sebelum keputusan ini dibuat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Bagaimanapun menurut Mohamed Mazlan, kedua-dua mereka masih boleh merayu dalam tempoh 14 hari berhubung pengguguran jawatan masing-masing.

"Kita ada perlembagaan, masih ada peluang untuk mereka merayu jika mereka tidak berpuas hati," katanya sambil memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa disiplin itu diadakan di kediaman Datuk Zaid Ibrahim di Kota Baru, Kelantan.

Kemelut dan krisis dalaman Kita mula timbul selepas Zaid mengumumkan untuk membubarkan parti yang berusia lebih setahun itu menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Hasrat pembubaran itu menerima tentangan hebat daripada beberapa pengerusi parti peringkat negeri khususnya Zamil dan Tan yang menggesa agar Zaid meletak jawatan dan keluar daripada parti.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan