Ops Pemutihan Taska, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di Selangor

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor akan menjalankan operasi pemutihan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi tanpa lesen di negeri ini mulai akhir bulan ini.

Pengarahnya Nik Omar Nik Ab Rahman berkata, operasi itu bertujuan memastikan supaya semua taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi mematuhi prosedur ditetapkan bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata mengikut rekod sejak 2007, lebih 1,000 taska dan 800 pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar dengan JKM di Selangor dan setakat ini hanya 126 taska dan 176 pusat jagaan kanak-kanak di negeri ini yang berdaftar dengan jabatan itu.

"Ini bukan kali pertama JKM laksanakan program seperti ini, kita pernah lakukan pada tahun lepas melalui beberapa program yang dijalankan oleh JKM namun masih ada pengusaha taska yang ambil sikap sambil lewa," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata semua pegawai JKM di setiap daerah akan diarah melakukan pemeriksaan di taska dan pusat jagaan di kawasan mereka serta mengeluarkan surat supaya pengusaha terbabit mendaftar dengan JKM.

Katanya, taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang ingin berdaftar dengan JKM perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Pendaftaran dengan JKM juga dapat memastikan supaya semua pengasuh mempunyai latihan yang sewajarnya terutama dalam menjaga kanak-kanak," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar lebih prihatin dalam memilih taska bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Nik Omar berkata pengusaha taska juga perlu bertanggungjawab apabila memilih untuk menawarkan perkhidmatan taska kerana ia membabitkan amanah dan nyawa manusia dan jangan hanya memikirkan keuntungan.

Bulan lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Noraini Mohd Hashim berkata sebanyak 2,077 pengusaha taska di seluruh negara belum berdaftar dengan JKM sehingga akhir tahun lepas.

Mengulas mengenai dakwaan seorang pengusaha taska di Seksyen 8 di sini yang menafikan beliau beroperasi secara haram, Nik Omar berkata siasatan mendapati taska berkenaan tidak berdaftar dengan JKM dan diberikan surat peringatan supaya berbuat demikian.

"Siasatan juga mendapati pengusaha tidak mempunyai kelulusan daripada tiga agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan PBT," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan