Najib Mahu Kaum India Jadi Rakan Konsi Kerajaan Berkonsep 'Nambikei'

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu masyarakat India di negara ini menjadi rakan kongsi kerajaan berasaskan konsep 'nambikei' iaitu kepercayaan untuk memastikan program transformasi dapat terus dilaksanakan dan mencapai misi ke arah negara berpendapatan tinggi.

Katanya dengan adanya rakan kongsi berkonsepkan 'nambikei', banyak lagi yang boleh dilakukan untuk pembangunan rakyat, termasuk masyarakat India.

"Dengan adanya konsep ini, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

"I trust you, you trust me" katanya pada sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini, Selasa.

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishanmuddin Tun Hussein.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan bahawa segala janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional, sama ada bagi komuniti India mahupun bangsa lain, akan tetap dilaksanakan.

Katanya seperti mana pentingnya Hari Thaipusam bagi masyarakat Hindu, sebagai hari untuk berhajat dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik, kerajaan juga berharap dapat memberi masa depan yang lebih terjamin dan menambah kualiti kehidupan rakyat.

Beliau berkata komitmen kerajaan untuk membantu kaum India dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, keagamaan dan masalah kewarganegaraan telah menunjukkan kesan positif kerana bantuan yang dihulurkan jauh lebih besar daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Kita tidak pernah mungkir janji... kalau kita janji untuk melakukan sesuatu, kerajaan BN akan laksanakan," katanya.

Najib berkata selain pelbagai suntikan yang telah diberikan untuk meningkatkan taraf pendidikan kaum India, kerajaan juga akan meluluskan pembinaan enam buah lagi SJKT baru di Selangor, Perak, Kedah dan Johor, seperti yang diputuskan pada pertemuan dengan guru-guru besar SJKT baru-baru ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa sejumlah 3,315 kes ketiadaan kad pengenalan dan kewarganegaraan di kalangan masyarakat India telah berjaya diselesaikan sejak program MyDaftar untuk komuniti itu dilancarkan 10 bulan lepas. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan