Kanak-Kanak 18 Bulan Maut Digilis

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang Selasa.

Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa sebelum itu dikatakan sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain, manakala bapanya yang berumur 45 tahun berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.

"Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya.

"Mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek," kata Abdul Razak ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun yang terdengar bunyi kuat seakan-akan ada benda terhantuk.

Jenazah dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan