Isu Pusat Fidlot Nasional: Shahrizat Secara Sukarela Ke SPRM

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil secara sukarela telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat petang ini berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Shahrizat yang kemudiannya menjawab pertanyaan wartawan The Star melalui kiriman SMS menegaskan bahawa beliau ke SPRM atas kerelaannya sendiri dan bukan dipanggil oleh agensi tersebut sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

“Minta maaf ya!! Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya yang mohon agar disiasat dan disoal agar tidak ada perkara yang tidak diteliti. Cukuplah dengan segala tuduhan dan dakwaan liar ke atas saya!” jelasnya melalui SMS tersebut.

Shahrizat dilihat memasuki pekarangan Ibu Pejabat SPRM pada lebih kurang jam 4 petang tadi.

Ketibaannya disambut oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Sepanjang sesi bersama SPRM selama dua jam setengah, Shahrizat berkata beliau tidak pernah terlibat dengan sebarang keputusan dan apa-apa kaitan dengan isu dalam PFN.

"Saya datang ke sini kerana saya berkahwin dengan pengerusi (eksekutif) NFC dan sebab itu persoalan sama ada, ada konflik kepentingan atau tidak dalam membuat keputusan. Jadi itu merupakan isu yang sangat jelas," katanya pada sidang media di sini.

Pada Rabu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi membuat pendedahan terbaru berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN) apabila mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membeli dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai lebih RM34.56 juta.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pembelian dua unit kondominium mewah atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh diluluskanoleh dua bank iaitu United Overseas Bank Limited (OUB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

"Kemudahan pembiayaan untuk membeli dua unit kondominium ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbalbalik kerana NFCorp (National Fidlot Corporation) dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat mempunyai deposit besar di bank-bank tersebut.

"Deposit tersebut adalah sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi PFN.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan