Dua Pegawai Kanan Dibuang Kerja, NUBE Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) pada Rabu membuat 10 laporan polis mengenai tindakan Maybank yang memecat Naib Presiden dan Bendahari kesatuan itu tanpa alasan yang munasabah.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha NUBE Wilayah Utara, Chee Yeeh Ceeu bersama sembilan lagi anggota kesatuan itu sebagai membela naib presiden kesatuan tersebut Abdul Jamil Jalaludeen dan bendahari Chen Ka Fatt yang dipecat pada 31 Jan lepas.

Chee memberitahu pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di sini, bahawa NUBE mendesak pihak berkuasa menyiasat tindakan pegawai-pegawai kanan Maybank yang telah mencabuli hak pekerja dan kesatuan.

Katanya NUBE membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Kumpulan Modal Insan Maybank, Nora Abd Manaf dan Ketua Perhubungan Perusahaan Maybank, Looi Heong Meng.

"NUBE bantah (pemecatan) kerana Abdul Jamil dan Chen dipecat bukan disebabkan membuat kesalahan atau sikap tidak jujur dalam menjalankan tugas sebaliknya hanya disebabkan mengangkat kain rentang sahaja.

Mereka sebenarnya melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota NUBE untuk menyertai konvensyen itu," katanya.

Sementara itu, Abdul Jamil ketika ditemui berkata beliau dan Chen dipecat atas alasan telah memegang sepanduk yang bertulis "Maybank Robs Poor Worker" di luar bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada satu konvensyen di Geneva, Switzerland Jun tahun lalu.

"Alasan pemecatan itu tidak relevan kerana kami berpiket bagi memperjuangkan tuntutan bonus prestasi pekerja Maybank. Kami mewakili kesatuan bukannya syarikat," katanya.

Katanya, mereka telah dipecat serta-merta tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu dan pengurusan syarikat juga tidak mengemukakan hasil siasatan badan tata tertib syarikat.

"Kami berharap pemecatan itu dapat ditarik semula dan satu rundingan dapat dilakukan dengan kadar segera," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan