Anwar Cuba Ubah Undang-Undang Di Malaysia:Tun Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semulajadi manusia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar baru-baru ini telah menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

"Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang.

"Sejak revolusi Perancis, slogan 'Liberte', 'Egalite', 'Fraternite', iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus," katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc yang bertajuk 'Lapok', Rabu.

Dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di Barat sekarang, katanya.

"Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki.

"Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi," kata Dr Mahathir.

Lain-lain konsep kebebasan semulajadi manusia termasuklah menukar konsep institusi perkahwinan dan kekeluargaan dengan mentakrifkan pasangan yang bersekedudukan sebagai berkeluarga, boleh menukar pasangan tanpa penceraian dan siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting, katanya.

Malah, di Barat kini boleh adakan perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan, pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan, katanya.

Menurut Dr Mahathir seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap sebagai baik bagi semua manusia maka itu mereka (Barat) melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.

"Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya untuk cubaan tersebut (mengubah undang-undang di Malaysia) kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik," katanya.

Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan ke atas mangsa zina atau liwat, sebab itu, apabila seorang wanita melaporkan yang Pengarah Urusan Tabung Kewangan Dunia (IMF) Dominque Strauss-Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Dominque dan jawatannya dilucutkan, katanya.

"Di Malaysia juga apabila laporan diterima daripada mangsa yang dianya telah diliwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya," katanya.

Beliau berkata bahawa 'teknikal' bukan bermakna tidak, jenayah berlaku, bukan tidak berlaku dan hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya.

"Mungkin orang lain yang melakukan jenayah itu!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain?, Wallahuwalaam," kata Dr Mahathir. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan