Zaid Punya Agenda Dengan Pembangkang Jika Tidak Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh IZRA ABD RAHMANPETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim dianggap mempunyai agenda tersembunyi jika berkeras tidak meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata keputusan Zaid membubarkan Kita secara tiba-tiba dan bukan meletakkan jawatan dilihat mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang.

"Saya masih ingat lagi kenyataan beliau di awal penubuhan parti dulu. Beliau dengan jelas berkata Kita ditubuhkan tanpa berpihak kepada mana-mana parti.

"Tapi baru-baru ini nampak jelas bila dia kata pembubaran dibuat untuk mengelakkan salah sangka pakatan pembangkang yang Kita bukan berpihak kepada mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Zamil berkata, Zaid mempunyai maksud tersirat sehingga sanggup membubarkan parti yang baru berusia satu tahun itu.

"Adakah sebab nak jaga hati pakatan pembangkang dia buat keputusan tanpa berfikir panjang, tanpa bertanya dengan ahli?," ujarnya.

Menurut Zamil, Zaid tidak lagi dianggap sebagai pemimpin parti kerana sikap dan cara beliau membuat keputusan membubarkan parti dilihat sebagai telah lari dari landasan.

"Dia tak layak jadi ketua sesebuah parti. Ketua wajar ada prinsip berdasarkan prinsip awal penubuhan parti.

"Kenapa ada sikap keterlaluan? Apakah masalah beliau sehingga ingin melihat parti dibubarkan? Kenapa ada hasrat begitu?.

"Sebagai ketua, dia telah buat satu kenyataan yang tak bertanggungjawab," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mencabar Zaid supaya mendedahkan mana-mana ahli Kita yang akan mengikut jejak langkah beliau keluar meninggalkan parti.

"Tak perlu bubar. Saya cabar beliau. Siapa yang setuju bersama dan setuju bubar keluar daripada parti. Mungkin ada satu-dua kerat sahaja," katanya.

Zamil berkata, majoriti jawatankuasa peringkat negeri bersama ahli parti tidak bersetuju parti dibubarkan.

"Ramai lagi dalam parti boleh jadi pemimpin dan bersedia pikul tanggungjawab," tegasnya.

Pada Ahad, lima pengerusi negeri parti Kita iaitu dari Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Johor dan Sabah bersetuju mengadakan usul tergempar mendesak Zaid meletak jawatan.

"Hari ini (Isnin) kita terima dua lagi sokongan dari Negeri Sembilan dan Pahang yang tak setuju bubar," jelasnya.

Zaid, pada Khamis mengumumkan akan membubarkan Kita menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya pembubaran itu wajar bagi menghapuskan keraguan bahawa Kita tidak memihak kepada pembangkang.

Zaid mengakui gagal mewujudkan sebuah parti politik yang menyokong idea sederhana, progresif, sopan dan tertib dalam politik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan