Najib Ajak Rakyat Sokong Program Transformasi Negara

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut meriah oleh orang ramai ketika tiba untuk menghadiri Karnival Chap Goh Mei di Dong Zun Temple di sini Isnin malam.
-fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut meriah oleh orang ramai ketika tiba untuk menghadiri Karnival Chap Goh Mei di Dong Zun Temple di sini Isnin malam. -fotoBERNAMA

KUALA LANGAT: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua rakyat termasuk masyarakat Cina memberikan sokongan kepada program transformasi negara bagi merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata semua kaum di negara ini akan mendapat manfaat hasil daripada program transformasi yang terus dilaksanakan oleh kerajaan ke arah mencapai status negara maju.

Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan 50,000 orang yang menyertai Karnival Chap Goh Mei 2012 anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di perkarangan Tokong Dong Zen, Jenjarum, dekat sini, Isnin malam.

Perayaan Chap Goh Mei disambut pada hari akhir Tahun Baru Cina.

Majlis itu turut disertai antara lain isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Najib berkata usaha bagi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi bukan mimpi di siang hari, tetapi ia adalah satu visi yang boleh dicapai jika rakyat percaya dan memberi sokongan kepada proses transformasi negara.

Yang teramat istimewa di Malaysia pada tahun ini ialah tiga perayaan agama yang disambut secara berturut-turut dimulai dengan sambutan Maulidur Rasul semalam, Chap Goh Mei pada hari ini dan Thaipusam pada keesokan hari, katanya.

"Tidak ada negara di dunia menyambut tiga hari kepercayaan secara berterusan (berturut-turut) melainkan negara kita ini. Ini satu yang unik bagi negara kita," katanya.

Menurutnya walaupun wujud perbezaan dari segi kepercayaan tetapi ada persamaan dari segi nilai yang boleh dijadikan ikatan untuk membentuk sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu.

Najib berkata setelah meluahkan konsep kesederhanaan sebelum ini, beliau mendapati agama lain juga mempunyai konsep kesederhanaan yang sama atau hampir sama yang membawa kepada sikap saling menghormati antara kaum. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan