Mubarak, Veteran Umno Kelantan Gabung Tenaga Menangkan BN - Berita Semasa | mStar

Mubarak, Veteran Umno Kelantan Gabung Tenaga Menangkan BN

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kelantan dan Persatuan Veteran Umno Kelantan kini bergabung tenaga bagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Persatuan Veteran Umno Kelantan yang juga Naib Pengerusi Mubarak Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak berkata pada masa ini pelbagai program bersepadu sedang dilaksanakan kedua-dua persatuan di seluruh negeri.

Antaranya kempen 'Keluargaku Penyokong BN' yang dilaksanakan melalui pendekatan secara bersemuka dengan keluarga pengundi, katanya kepada Bernama, di sini, Selasa.

"Kempen cara ini diharap lebih berkesan kerana ia boleh memberi tumpuan khusus kepada pengundi dalam sesuatu kawasan daripada kempen secara besar-besaran atau rawak," katanya.

Mohd Rozali berkata Mubarak juga akan mengadakan konvensyen pilihan raya umum ke-13 selama dua hari di kawasan Parlimen Jeli bermula 25 Feb ini, yang bertujuan mencapai kata sepakat dalam kempen pilihan raya tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan