Kita Tidak Akan Dibubar Jika Mampu Tangani Serangan

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) tidak akan dibubarkan sekiranya ia mampu bebas daripada serangan anasir-anasir yang tidak diingini, terutama mereka yang menyusup masuk ke dalam parti itu, kata Ketua Penerangan Pusat parti, Mohamed Mazlan Abdul Manaf.

"Itu satu pilihan yang akan diberi keutamaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu akhir bulan ini," katanya.

Beliau turut menambah bahawa saranan Presiden parti Datuk Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti itu adalah pandangan peribadinya.

"Bagaimanapun pada mesyuarat itu jika kepemimpinan parti berpendapat bahawa jalan terbaik untuk menghalang parti daripada dijadikan alat tunggangan bagi menyalahgunakan proses pilihan raya menerusi pembubaran parti, maka keputusan itulah yang bakal diambil," katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman web Kita, www.partikita.com pada Selasa.

Khamis lepas, Zaid mengeluarkan kenyataan untuk membubarkan Kita yang disifatkannya sebagai usaha mengelak keraguan yang parti itu menyokong pembangkang.

Bagaimanapun kenyataan Zaid ditolak beberapa pengerusi negeri parti itu malah ada yang mendesak Zaid meletak jawatan dan meninggalkan parti berikutan kenyataan berkenaan.

Mohamed Mazlan mendakwa apabila keanggotaan Kita bertambah, ada sesetengah pihak yang menyusup masuk menjadi ahli parti dengan agenda untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Walaupun mengalu-alukan mereka yang ingin bertanding dalam pilihan raya demi memperjuangkan manifesto dan prinsip parti, namun Kita tidak akan meletakkan calon yang objektifnya adalah untuk 'merosakkan undi', katanya.

Beliau berkata, Kita tidak akan meletakkan calon yang diperalatkan oleh kumpulan tertentu yang bertanding untuk mencapai matlamat politik mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan