Tee Yong Cabar DAP Putus Hubungan Dengan PAS

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: MCA mencabar DAP untuk memutuskan hubungan dengan PAS, yang bercadang untuk melaksanakan undang-undang hudud dan menjadikan negara ini sebuah negara Islam.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata DAP belum lagi menjawab sama ada undang-undang hudud PAS akan menjejaskan masyarakat bukan Islam atau memberi sebarang kesan negatif kepada pembangunan politik, sosial dan ekonomi.

Cabaran itu dibuat selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta MCA untuk memutuskan hubungan dengan Perkasa, dan mengharamkan ahli-ahlinya daripada menghadiri acara anjuran Perkasa.

"Semua Ahli Parlimen bukan Islam dalam Pakatan Rakyat tidak pernah benar-benar berdiri dan mempertikaikan harapan PAS atau meminta PAS untuk meminda perlembagaan parti.

"Ia adalah sangat jelas bahawa mereka boleh melaksanakan undang-undang hudud PAS dan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

"Jadi, DAP perlu memutuskan hubungan dengan PAS kerana PAS adalah sebuah parti yang berasaskan agama. Sangat jelas DAP telah membantu PAS," katanya selepas mesyuarat dengan masyarakat beragama Buddha.

Chua, yang juga Ahli Parlimen Labis, berkata DAP sentiasa tidak konsisten dan mesti memberikan jawapan kepada masyarakat Cina tentang pendiriannya.

"Pertama, mereka kata MCA adalah sebuah parti berasaskan kaum, parti Cina dan parti perkauman. Pada masa yang sama, mereka juga mengatakan Perkasa adalah sebuah parti bersifat perkauman.

"Apabila terdapat dua pihak bersifat perkauman yang berjuang untuk dua kaum yang berbeza, bagaimana mereka boleh mempunyai hubungan atau kerjasama? Ia adalah mustahil kerana kita berjuang untuk orang Cina dan mereka berjuang untuk hak-hak Melayu.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak akan menghalang ahli dari menghadiri aktiviti-aktiviti NGO.

"(Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) telah menyebut banyak kali bahawa NGO boleh mempunyai aktiviti-aktiviti mereka, tapi kami tentunya tidak boleh menyokong mereka yang menggalakkan perkauman," katanya.

"Kita tidak boleh menghalang ahli kami daripada menghadiri majlis-majlis ... kita hanya boleh memberi nasihat," katanya.

Mengulas sama ada MCA akan menasihati ahli-ahli terhadap menghadiri majlis Perkasa, beliau berkata: "Kami masih mengkaji agenda mereka."

Isu hubungan MCA dengan Perkasa timbul apabila Pengerusi cawangan MCA telah mendapati Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi wang dalam paket putih, yang merupakan pantang larang dalam budaya Cina di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan