Peniaga Bakal Diwajibkan Dedah Status Halal Barangan Kulit

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Saripuddin Kasim berkata ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian yang diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.

"Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Saripuddin berkata penyediaan deraf peraturan itu sedang dibuat melibatkan pakar-pakar daripada Jabatan Kimia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri, dan dijangka siap beberapa bulan lagi.

Beliau berkata ia selaras dengan pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Saripuddin berkata kementerian selaku badan penguatkuasa telah melantik 62 pegawai Jakim sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Katanya langkah itu membolehkan pegawai Jakim mendakwa individu atau syarikat yang melanggar peruntukan mengikut akta tersebut, termasuk penyalahgunaan sijil halal.

"Sebelum ini, kuasa pegawai Jakim hanya terhad kepada menyerbu dan melakukan siasatan manakala kuasa pendakwaan terletak pada KPDNKK," jelas Saripuddin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan