Pengerusi SPR Perjelas Isu Undi Pos Rakyat Malaysia Di Luar Negara

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini berkata beliau tidak pernah mengesyorkan hanya rakyat Malaysia di luar negara yang membayar cukai dibenarkan mengundi pos.

Beliau sebaliknya berkata ada mencadangkan dalam menentukan warga Malaysia di luar negara dibolehkan mengundi secara pos, mereka mungkin perlu memenuhi syarat tertentu seperti yang diamalkan di negara lain.

Ini kerana tidak semestinya semua yang berada di luar negara layak menjadi pengundi pos, katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah khas Umar Abdul Aziz pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di sini, Ahad.

"Contohnya, ada negara yang tentukan mereka kena ada di negara dalam tempoh lima tahun dan pernah balik ke negara mereka, ada negara yang tetapkan empat tahun. Saya beri contoh di Amerika Syarikat, pengundi pos hendaklah terdiri daripada pembayar cukai dan saya tidak sama sekali menyebut bahawa saya akan mengesyorkan bahawa hanya pembayar cukai sahaja boleh mengundi pos di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian berhubung reaksi beberapa pihak mengenai kononnya beliau mencadangkan hanya rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di luar negara yang membayar cukai sahaja akan dibenarkan mengundi pos.

"Kita akan pastikan yang penting rakyat Malaysia di luar negara mesti memohon untuk menjadi pengundi pos. Kalau dia dah ada cukup syarat tetapi (jika) tidak memohon kita tidak boleh buat apa.

"Mereka mesti memohon sebagai pengundi pos dan selepas itu ada syarat berapa lama dia tinggal di luar negara dan kita tentukan dia pernah balik ke Malaysia supaya dia ada hubungan dan tahu negara dia, tahu kawasan dia, kawasan DU N(Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen dia.

"Kalau tidak balik dan duduk di sana 15 tahun, 20 tahun, 30 tahun dan kita benarkan dia (mengundi pos)...tidak ada negara yang benarkan perkara itu kerana dia tidak tahu apakah sebenarnya berlaku dalam negara dia."

Mengulas lanjut, beliau berkata syarat berhubung pengundi pos di luar negara akan diumumkan apabila ia dibincangkan di peringkat jawatankuasa Parlimen dan dipersetujui, serta selepas pindaan undang-undang dibuat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan