Penerima BR1M Boleh Ambil Baucar Di Pejabat Daerah Atau Pejabat Pembangunan Negeri

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata setelah mendapatkan baucar berkenaan, mereka perlu ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang tunai.

"Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, saya minta mereka mengisi borang rayuan dengan segera. Bukan mengisi borang permohonan tetapi borang rayuan yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada 27 mangsa ribut di Kampung Ulu Chemor di sini, Ahad.

Beliau berkata orang ramai yang belum menerima maklum balas berhubung permohonan mereka diminta bersabar kerana pihak terlibat sedang menyediakan surat panggilan penyerahan baucar berkenaan.

Ahmad Husni berkata terdapat rungutan daripada pemohon bahawa mereka tidak mendapat maklum balas sama ada permohonan mereka diterima atau sebaliknya.

"Ia dalam urusan....kita ada masa sehingga 15 Mac ini untuk menjelaskan pembayaran bantuan itu dan bagi saya ia mengikut jadual," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan