Pembangkang Nafi Hak Pemimpinnya Bersuara - Mukhriz

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Arahan "tutup mulut" yang dikenakan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah satu lagi bukti pembangkang menafikan hak pemimpinnya bersuara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tindakan itu juga mencerminkan sikap sebenar pembangkang yang tidak boleh menerima pandangan yang tidak memihak kepada mereka.

"Sesiapa yang menonjol dengan pandangan bertentangan prinsip dalam pakatan akan menerima padah, yang jelas menunjukkan mereka tidak telus dan ikhlas memperjuangkan demokrasi kononnya diamalkan oleh parti," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Beliau yang ditemui selepas sambutan Maulidur Rasul di Kampung Wang, Kodiang berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai arahan agar Azizan berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai penggantungan lima penuntut Kuin.

Azizan dalam laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan siapa yang memberi arahan tersebut.

Universiti itu menggantung lima pelajarnya kerana membantah tindakan Kuin mengarahkan pelajarnya mengosongkan asrama untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan