PBS Lancar Kelab Bersatu Tarik Pengundi Lembah Klang

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Isnin menubuhkan 'Kelab Bersatu Klang Valley' sebagai satu pendekatan dan strategi untuk menarik lebih ramai pengundi daripada kalangan anak-anak Sabah di Lembah Klang menyertai parti itu.

Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata penubuhan kelab itu dijangka menarik lebih ramai anak-anak Sabah yang menetap di kawasan Lembah Klang untuk menyumbangkan idea dan buah fikiran mereka kepada parti, sekaligus mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-13 nanti.

"Tujuan penubuhan kelab ini adalah memberi peluang dan ruang kepada anak-anak Sabah yang tinggal di kawasan Lembah Klang untuk menyertai dan mengikuti perkembangan semasa dan sebarang aktiviti yang berkaitan PBS.

"Ramai rakyat Sabah yang menetap di kawasan Lembah Klang menunjukkan minat untuk menyertai perjuangan kerajaan dalam PBS...jadi dengan pelancaran kelab ini ia merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan antara anggota kelab dan parti agar saling berbincang dan bertukar fikiran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran kelab itu di sini. Turut hadir Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Pairin berkata kelab seumpama itu telah ditubuhkan di Johor dan PBS turut merancang menubuhkan kelab yang serupa di semua negeri di Semenanjung berdasarkan reaksi positif dan permintaan daripada anak-anak Sabah.

Pairin berkata sebagai anggota Barisan Nasional (BN) Sabah, penubuhan kelab ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada usaha kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat selain bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

"Melalui kelab ini, kita dapat mengenal pasti keinginan anak-anak Sabah dan berharap agar mereka tahu lebih mendalam tentang perkembangan Sabah serta berkongsi pengalaman dan cadangan kepada pucuk pimpinan parti mengenai isu yang dirasakan penting untuk diatasi.

"Sehingga kini, di Johor dan Lembah Klang masing-masing mencatat seramai 300 anggota dan anak-anak Sabah yang berminat untuk mendaftar menjadi anggota kelab boleh memuat turun borang permohonan di laman web PBS www.pbs-sabah.org," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penubuhan sebuah parti baru di Sabah yang dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu, Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata perkara itu merupakan suatu kelaziman dan tidak menghairankan.

"Ia tidak menghairankan kerana di Sabah sememangnya terdapat pelbagai parti politik," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan