Mahasiswa Diingatkan Tidak Mudah Terpedaya Dakyah Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang sengaja memburuk-burukkan segala dasar dan pelaksanaan kerajaan sejak negara mencapai Merdeka.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebagai golongan pandai dan harapan negara, mahasiswa seharusnya bijak berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara secara keterlaluan.

"Bila kita dirasuk atau diracuni pemikiran sehingga kadang-kala kita tidak ada timbangtara langsung. Jadi kita mesti gunakan akal kita untuk membuat timbangtara sebab mahasiswa nak idealisme-idealisme yang tertentu tetapi kita juga mesti gunakan akal kita untuk membuat apa yang kita patut hendak buat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program aman kampus kembara mahasiswa bersama masyarakat di sini, Isnin.

Beliau berkata tindak tanduk mahasiswa yang keterlaluan juga tidak sama sekali menjejaskan nama baik universiti dan ketenteramaan awam negara ini.

Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dan utamakan kebajikan rakyat, kerajaan sedia mendengar ketidakpuasan, rungutan, cadangan dan idea mahasiswa serta melakukan penambahbaikan sekiranya perlu.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata pembangkang telah mewujudkan satu unit tindakan daerah di seluruh negara bagi meracuni fikiran dan memecah belahkan rakyat.

"Mereka ini diasuh oleh orang tertentu untuk memecah belahkan masyarakat. Mereka masuk dalam kawasan tertentu iaitu kawasan sasaran yang mereka menang nanti dan mereka akan racun pemikiran rakyat," katanya.

Mengenai kembara mahasiswa, beliau berkata kembara yang bermula hari ini akan berakhir di Puncak Alam, Selangor selepas 14 hari menjelajah meliputi 14 perhentian di Semenanjung dengan mengumpulkan pandangan dan keinginan masyarakat di negara ini untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 190 orang mahasiswa dengan menaiki 20 kereta, menyertai kembara itu yang dianjurkan alumni pemimpin mahasiswa Aspirasi Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan