BN Pahang Siapkan Manifesto Pilihan Raya Ke-13

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Barisan Nasional (BN) Pahang kini di peringkat akhir dalam menyiapkan manisfesto bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata manifesto berkenaan adalah ringkas dan mudah difahami, yang bakal merangkumi pelbagai aspek untuk menjaga kepentingan rakyat.

"Manifesto ringkas dan mudah faham kini di peringkat semakan terakhir dan BN (Barisan Nasional) Pahang juga telah bersedia bila bila masa bagi menghadapi pilihan raya tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial Siri Jelajah Pahang 2012 di sini, Isnin.

Mengenai calon pilihan raya, Adnan yang juga Pengerusi BN negeri berkata setakat ini perkara berkenaan "belum difikirkan lagi".

"Soal calon belum difikirkan lagi dan tiada senarai disediakan setakat ini," katanya. Adnan berkata BN Pahang yakin akan dapat menawan kembali kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

"Jika semua komponen berpadu dan bekerja keras kita akan menang dengan majoriti yang lebih besar," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan konvensyen tersebut beliau berkata, pengamal media sosial perlu bertanggungjawab ketika melapor berita dan maklumat serta tidak menyalahgunakan laman itu untuk kepentingan tertentu.

"Segala berita dan maklumat itu hendaklah tepat dan tidak salah, sebarang berita dan maklumat yang salah hanya boleh mengeliru dan menyusahkan orang awam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan