225 Pemegang Konsensi KLIA2 Bakal Terima Penganugerahan Tender MAHB Menjelang Julai

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faizah Khairuddin
Faizah Khairuddin

Oleh LEONG HUNG YEE KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menganugerahkan tender kepada 225 operator outlet perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dijadualkan dibuka pada April 2013, menjelang Julai tahun ini, menurut Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan komersial) MAHB, Faizah Khairuddin.

"Kami sudah menerima tender untuk 27 outlet sehingga 26 Januari. Kami melakukannya secara berperingkat mengikut zon dan akan memberi anugerah menjelang Julai tahun ini kerana semuanya perlu disempurnakan menjelang April 2013. Kira-kira 500 orang telah menyatakan minat untuk membuka operasi di KLIA2," Faizah memberitahu StarBiz.

Daripada 225 cawangan, 118 lot telah diperuntukkan untuk perniagaan runcit, 81 lot untuk makanan dan minuman (F & B) dan 26 lot untuk perkhidmatan.

Faizah berkata MAHB mendapat sambutan hangat daripada pihak yang berminat dengan ruang-ruang perniagaan di KLIA2 ketika previu pembentangan jenama untuk KLIA2 yang diadakan bulan lepas.

"Kami telah mendapat sambutan yang sangat baik semasa previu jenama KLIA2 dan terpaksa menghadkan bilangan peserta kepada 800 orang kerana bilik tidak dapat menampung lebih ramai orang," katanya, sambil menambah tender akan dilakukan secara terbuka dan telus.

Faizah menjelaskan MAHB sudah mempunyai idea terhadap ruang-ruang perniagaan yang akan beroperasi di KLIA2, sebagai contoh meletakkan produk-produk berasaskan kopi di kawasan tertentu.

Beliau berkata MAHB telah membina sebuah laman web (www.klia2retail.com.my) untuk mereka yang berminat menyediakan semua maklumat yang diperlukan dan berfikir tentang rancangan perniagaan masing-masing.

Faizah berkata selain ruang perniagaan runcit di KLIA2, MAHB juga bertanggungjawab terhadap ruang bertentangan KLIA2.

Walau bagaimanapun, pusat membeli-belah di kawasan tersebut bukanlah kawasan bebas cukai.

Beliau berkata pusat beli-belah tersebut akan menjadi kompleks bersepadu di mana ia akan menjadi tumpuan ramai.

Lapangan terbang ini dibahagikan kepada kawasan lapang dan kawasan penerbangan di mana secara asasnya kawasan itu menjadi kawasan sebelum dan selepas imigresen.

"Kami akan mengukuhkannya dengan pelbagai tawaran perniagaan. Ia adalah satu konsep yang unik ... bukan sahaja lapangan terbang. Kita akan mempunyai dua pusat beli-belah untuk penumpang," katanya.

Faizah berkata pusat membeli-belah di kawasan lapang akan mempunyai ruang niaga dupleks konsep kontemporari dan memberi kelebihan untuk syarikat konsesi. Beliau berkata tingkat bawah kedai mungkin diletakkan kedai buku dan kafe.

"Kami memaksimumkan ruang sebagai sebahagian daripada rancangan kami untuk memacu hasil bukan aeronautikal. KLIA2 berdaya komersial," katanya.

MAHB tidak hanya menyewakan ruang tetapi juga menyokong dan meningkatkan keupayaan lapangan terbang bersama syarikat konsesi.

"Di bawah pelan perniagaan 'Runway to Success' kami, kami sasarkan pendapatan mencecah RM3 bilion menjelang 2014, yang mana RM2 bilion disumbangkan oleh syarikat yang tidak berasaskan penerbangan manakala baki RM1 bilion dari hasil penerbangan.

"Pada masa ini, hasil bukan-aeronautikal adalah kira-kira 55 peratus dan baki 45 peratus dari penerbangan," kata Faizah.

Beliau berkata dalam model lapangan terbang tradisional, hasil bukan-aeronautikal menyumbang kira-kira 30 peratus, dan 70 peratus datangnya dari aeronautikal.

"Kami mahu menjadikannya sebaliknya."

Mengembangkan perkhidmatan komersial seperti penyewaan ruang, tempat letak kereta dan transit hotel merupakan salah satu cara bagi MAHB untuk meningkatkan hasil bukan-aeronatical, yang telah berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003, hasil bukan aeronautikal MAHB berjumlah RM486 juta tetapi telah meningkat dengan ketara kepada RM842 juta dalam tahun kewangan berakhir 2010.

Menurut Pelan Induk Aeropolis KLIA, MAHB telah mengenal pasti 2.730 ekar kawasan daripada jumlah keseluruhan 22.156 ekar di KLIA untuk pembangunan komersial.

MAHB turut mensasarkan untuk mencapai hasil RM185.5 juta dalam pembangunan hartanah menjelang 2014.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan