Wanita Kelahiran Malaysia Dinamakan Sebagai Dekan Di Fakulti Kejuruteraan Luar Negara

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh AMINUDDIN MOHSINPETALING JAYA: Seorang wanita kelahiran Malaysia telah dinamakan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan di Universiti Waterloo, fakulti yang memenangi anugerah kejuruteraan.

Prof Pearl Lee Sullivan, pakar bahan komposit dan struktur pesawat, akan memikul tanggungjawab pada 1 Julai sebagai dekan wanita yang pertama, menggantikan Prof Adel Sedra yang telah berkhidmat selama sembilan tahun.

Beliau berkata, beliau bangga telah dinamakan sebagai dekan, sambil menambah bahawa bidang kejuruteraan akan mendapat faedah apabila mempunyai lebih ramai wanita dalam bidang tersebut.

"Kejuruteraan membantu menyelesaikan banyak masalah di dunia. Jika hanya lelaki menceburi bidang kejuruteraan, maka anda hanya melihat masalah dari satu perspektif, " kata Prof Sullivan.

"Saya berharap lebih ramai wanita muda akan melihat kejuruteraan sebagai profesion yang menarik yang memberi impak terhadap kehidupan kita," tambah ibu kepada tiga anak ini, yang mana anak perempuan bongsunya kelihatan bersedia mengikuti jejak langkah beliau.

Prof Sullivan berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Teknikal Nova Scotia pada tahun 1985 sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Sains Gunaan di institusi yang sama.

Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti British Columbia sebelum menyertai Universiti Waterloo pada tahun 2004 sebagai pensyarah kejuruteraan mekanikal.

Beliau kini mengetuai jabatan mekanikal dan mekatronik fakulti.

Prof Sullivan berkata walaupun dia membesar di Petaling Jaya, dia juga pernah tinggal di Kuantan selama beberapa tahun.

"Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang merupakan penjawat awam - bapa saya adalah seorang pegawai polis dan ibu saya seorang jururawat," kata anak bongsu empat beradik, sambil menambah bahawa ibu bapanya bekerja keras untuk memberikan pendidikan yang baik.

Prof Sullivan banyak berjasa terhadap sistem pendidikan kebangsaan bagi kejayaan beliau, dengan kepakaran dalam bidang sains dan matematik.

"Saya menduduki peperiksaan O-level ketika itu dan harus mengakui bahawa pendidikan yang saya terima tidak mengecewakan saya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan