Pemimpin Negara Perlu Contohi Pemerintahan Rasulullah - Tun Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata pemimpin negara perlu mencontohi pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah yang memberikan perhatian saksama terhadap umat Islam dan bukan Islam.

"Nabi Muhammad S.A.W bukan hanya memberi perhatian kepada umat Islam yang ada di Madinah tetapi juga memberi perhatian kepada yang bukan beragama Islam. Mereka (penduduk di Madinah) pun lain agama, tetapi yang diutamakan adalah kedamaian dan keselamatan.

"Sebagai seorang pemimpin baginda telah menunjukkan teladan yang cukup baik. Sebab itulah baginda dikenali dengan panggilan "uswatun hasanah" yang bermaksud "contoh yang cukup baik"," katanya kepada pemberita selepas menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan Hasyim Awang, di sini, Ahad.

Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata cara pemerintahan Rasulullah seharusnya menjadi satu ikatan kepada pemimpin-pemimpin khususnya yang memimpin sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai kaum.

Beliau berkata perbezaan kaum dan agama tidak seharusnya menjadi masalah dalam memerintah, tetapi apa yang perlu diberikan keutamaan adalah usaha untuk membawa keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kedamaian kepada kehidupan rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan