Pemantauan Terhadap Sistem Pangkalan Data Haji Akan Dipertingkat - Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemantauan terhadap sistem pangkalan data Lembaga Tabung Haji (TH) akan dipertingkat bagi memastikan kegiatan 'haji ekspres' tidak berulang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Ini bukan soal orang yang godam (sistem pangkalan data TH), ini orang yang tahu masuk dalam sistem itu. Orang nak pergi haji dia masuk 'key-in' tarikh daftar untuk pergi haji.

"Kadang-kadang ada orang yang tahu dan faham IT dan sebagainya masuk dalam sistem itu. Nasihat kita ikut peraturan dan giliran bila pergi haji, haji mabrur itu penting," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau sebelum itu merasmikan Program Cinta Masjid di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda yang dihadiri lebih 200 orang.

Media sebelum ini melaporkan sindiket diberi nama 'haji ekspres' melibatkan beberapa pegawai dan kakitangan TH dipercayai beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran menunaikan ibadat haji.

Ditanya mengenai pegawai dan kakitangan TH yang terlibat dalam sindiket itu, Jamil Khir berkata pihak TH telah mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka.

Mengulas berkenaan Program Cinta Masjid, Jamil Khir berkata program itu akan 'mengembara' ke masjid-masjid di seluruh negara, selepas ini.

"Program ini diketengahkan sebagai usaha memupuk dan menyemarakkan rasa cintakan masjid terutamanya kepada generasi muda di negara ini.

"Kesedaran perlu ditingkatkan bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadah semata-mata, bahkan masjid merupakan pusat kegiatan pelbagai aktiviti umat Islam terutamanya melibatkan aktiviti sesama keluarga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan