Jangan Hanya Bergantung Kepada Populariti Najib:TPM

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menggesa jentera Barisan Nasional (BN) Selangor supaya bekerja dengan lebih keras lagi dan tidak hanya bergantung kepada peningkatan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata berdasarkan analisa keadaan politik semasa, secara umumnya ada peningkatan sokongan secara menyeluruh kepada BN ketika ini berbanding tahun 2008.

Katanya faktor yang menonjol ialah sebahagian besar rakyat Selangor menyanjung kepimpinan Perdana Menteri dan trend ini pada umumnya meningkat, sekaligus menambah keyakinan BN untuk mencapai lebih banyak kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di sini.

Katanya penerimaan masyarakat tanpa mengira kaum terhadap BN adalah jauh lebih baik kerana usaha kerajaan membantu rakyat menerusi insiatif seperti bantuan awal persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sempena lawatannya ke Selangor, Muhyiddin juga mengadakan pertemuan dengan kepimpinan BN Selangor yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Noh Omar serta mendengar taklimat mengenai kesiapsagaan BN Selangor menghadapi PRU ke-13.

Katanya beliau telah memberi prasyarat kepada semua pemimpin BN Selangor supaya mengukuhkan setiap parti komponen parti BN negeri bagi menempa kejayaan pada PRU nanti.

Selain menilai keprihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat dengan pemberian subsidi yang kini mencecah RM33 bilion termasuk RM17 bilion untuk bekalan minyak, Muhyiddin berkata rakyat Selangor juga menilai apa yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Jadi banyak perasaan tidak senang hati dan tidak puas hati dapat saya rasakan di kalangan rakyat dengan cara negeri itu diuruskan,," katanya.

Beliau berkata golongan peniaga di negeri itu tidak begitu seronok dengan kos perniagaan yang didakwa meningkat, penyelewengan dalam kerajaan dan dasar-dasar mereka yang bercanggah dengan kepentingan rakyat seperti dalam soal tanah, asrama Yayasan Selangor dan pengurusan Universiti Selangor.

"Ini menunjukkan sikap kurang prihatin kerajaan negeri terhadap masalah masyarakat umum...mungkin kerajaan negeri lebih mementingkan soal hasil pendapatan tetapi kerajaan pusat mengambil kira semua aspek termasuk menolong dan menjaga hati rakyat, katanya.

Mengenai cadangan pengurusan Yayasan Selangor untuk merobohkan asrama pelajarnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata setakat ini tiada kedengaran pelan alternatif tetapi difahamkan pelajar berkenaan akan ditempatkan semula di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

"Sebagai Menteri Pelajaran saya tak tahu cerita itu dia nak tempat kat mana?. Sekolah kita dah ada dan pelajar kita dah ada maknanya dia nak lepas tangan begitu," jelasnya.

Katanya rakyat Selangor tentu kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab itu.

Ditanya hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada pilihan raya akan datang, Muhyiddin berkata; Nik Aziz amat diperlukan.

"Nik Aziz kalau ganti orang lain dia kata dah tak jadi PAS. Itu keputusan dia lagipun dia Mursyidul Am jadi segala-galanya dia tentukan. Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan