Barisan Hadapan Perlu Sentiasa Efektif, Responsif:Najib

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Barisan hadapan sektor awam perlu sentiasa efektif dan responsif bagi mengelakkan orang awam memberikan tanggapan negatif terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya tanggapan baik atau buruk sesebuah jabatan dalam penyampaian perkhidmatan bermula dengan petugas barisan hadapan kerana mereka merupakan jentera paling penting dalam sesebuah organisasi.

"Efektif atau responsifnya sesebuah jabatan bergantung kepada barisan hadapan kerana di situlah persepsi rakyat terhadap kerajaan terbentuk," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (2011-2015), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Hari Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (CCI), Projek Permulaan (EPP8), e-Kerajaan Negeri Pahang di sini, Sabtu.

Najib berkata tanggapan orang awam terhadap sektor awam terbentuk daripada pengalaman mereka sendiri ketika berurusan dengan pihak barisan hadapan iaitu individu pertama yang ditemui, bukannya pegawai tertinggi di sesebuah jabatan atau organisasi itu.

"Orang yang pertama kita akan jumpa dan berinteraksi bukan ketua pentabdbir badan tersebut tetapi barisan hadapan ini, misalnya kita mahu menilai imej sebuah syarikat penerbangan di mana orang pertama yang kita bertemu adalah pegawai bahagian tiket," katanya.

Menurutnya sekiranya mereka yang di barisan hadapan ini diberikan latihan yang mencukupi termasuk penerapan nilai-nilai positif, barisan itu akan membawa nama baik jabatan yang diwakili mereka.

Justeru itu, Najib berkata kecekapan barisan itu perlu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Dalam pada itu, katanya agenda transformasi negara yang direncanakan kerajaan merupakan satu agenda yang bermatlamat besar tetapi realistik iaitu mampu dicapai kerana sasaran untuk agenda itu bersesuaian dengan kemampuan kerajaan.

"Penetapan sasaran untuk dicapai jangan diletakkan terlalu tinggi kerana ia akan menjadi terlalu tidak realistik dan tidak mungkin dicapai, sebaliknya jika letak sasaran terlalu rendah maka tidak akan berlakunya satu cetusan yang dilihat sebagai inspirational (memberikan ilham)," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan 5,000 penjawat awam.

Sementara itu, pada sebelah petang Perdana Menteri menyampaikan sumbangan angpau dan barangan keperluan asas kepada warga emas miskin di Tokong Tow Koo Keong di Jalan Haji Junid di sini.

Dalam ucapannya, beliau memberi jaminan akan berbincang dengan Menteri Besar mengenai peruntukan bagi membina dewan baru tokong berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan