Tun Mahathir Harap Lebih Ramai Sukarelawan Sertai Konvoi Keenam Viva Palestin

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap lebih ramai sukarelawan di negara ini akan menyertai konvoi darat keenam Viva Palestina Malaysia (VPM), pada 15 Mei ini.

Beliau berkata ini bagi membuktikan keprihatinan dan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan pembebasan rakyat Palestin daripada cengkaman rejim zionis.

"Kalau kita sokong keadilan kita patut sokong Palestin dan sedar tentang kezaliman Israel, mereka ini betul-betul kejam," katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Filem Kuala Lumpur Palestin, di sini, Sabtu.

Program julung kali diadakan di Malaysia itu bertujuan mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin dan membiayai projek pembinaan 11 sekolah bagi keperluan 9,000 kanak-kanak Palestin.

Sebanyak lima filem akan ditayangkan secara percuma di GSC Pavilion mulai hari ini sehingga Isnin depan iaitu Budrus, Tears of Gaza, Waltz With Bashir, Abu Jamil Street, Inshallah Beijing serta dua dokumentari pendek iaitu Bethlehem: Hidden From View dan Home Front.

Sementara itu, Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata selain Malaysia, lebih 20 negara akan menyertai konvoi kali ini termasuk Australia, New Zealand, Britain, Greece dan yang terbaru Indonesia.

Katanya pada konvoi kali ini, sukarelawan yang membawa bantuan kemanusiaan akan bertolak dari lima lokasi iaitu England, Perancis, Itali, Syria dan Turki sebelum meneruskan perjalanan ke Gaza menerusi sempadan Rafah di Mesir.

Beliau berharap lebih banyak badan korporat dan orang perseorangan akan menyalurkan bantuan untuk menjayakan misi kali ini, seterusnya melaksanakan pelbagai projek yang dirancang merangkumi pinjaman tanpa faedah, projek pertanian dan perhutanan bersepadu serta pemasaran produk warisan Palestin, khusus untuk rakyat negara itu sendiri.

Sejak ditubuhkan pada Jan 2009, VPM telah menyalurkan dana berjumlah RM1 juta untuk membiayai keperluan perubatan, pendidikan, pembiayaan mikro dan projek untuk kaum wanita di Gaza, kata Musa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan