SBPA: Cuepacs Akan Kemuka Formula Pindah Gaji

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.

Timbalan Presiden 1 Cuepacs, Aziz Muda berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam.

"Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam Jumaat.

Beliau berkata hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar US$15,000 setahun menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.

Sementara itu Cuepacs telah mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi indikator tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan semasa, Cuepacs yakin lima asas utama itu akan dipertimbangkan pasukan petugas khas SBPA.

"Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, Cuepacs juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.

"Kalau ini (penambahbaikan) tidak berlaku ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati (di kalangan penjawat awam) berterusan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan