Persatuan Guru Mahu Kemuka Cadangan Tambah Baik SBPA

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) akan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kerajaan untuk proses semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Sehubungan itu pengerusinya Jemale Paiman berkata pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk merangka dan meneliti skim itu khususnya kepada penjawat awam dalam bidang pendidikan.

"Kita memberi jaminan kepada kerajaan untuk kita menyiapkan satu cadangan skala gaji baru kepada penjawat awam dalam bidang pendidikan iaitu dalam tempoh lapan hari bermula Sabtu.

"Antara aspek yang diberi tumpuan adalah isu kenaikan gaji, kenaikan gaji tahunan RM80 hingga RM320 dan merapatkan jurang gaji penjawat awam gred tinggi dengan rendah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan majlis taklimat dan mesyuarat SBPA di sini, Sabtu.

Menurut beliau, skim SBPA adalah tidak jelas dan kurang menepati keperluan dan kehendak penjawat awam yang berkhidmat dalam bidang pendidikan yang merupakan sektor penting dalam pembangunan negara.

Jemale berkata pihaknya juga akan mengadakan satu perjumpaan segera bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangkakan pada penghujung bulan ini.

"Pada perjumpaan itu juga, cadangan-cadangan penambahbaikan akan di serahkan kepada Perdana Menteri," katanya.

Selain itu, beliau turut berharap agar Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dapat melantik wakil guru dalam Pasukan Petugas Khas Semakan Semula SBPA.

"Kita berharap golongan pendidik dapat bersama-sama dalam pasukan petugas khas itu yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam untuk mereka mengetahui cadangan dan pendapat dari golongan ini," katanya.

Beliau berkata MPKPG mencadangkan tiga wakil dalam pasukan itu iaitu Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamaed Sabri Mohd Arsad, Presiden Kesatuan Guru Sarawak dan Sabah, William Ghani Bina serta beliau mewakili MPKPG. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan