Penyenaraian FGVH Untuk Pastikan Felda Berdaya Saing Di Pentas Antarabangsa

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd(FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia adalah bagi memacu Felda untuk terus berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata penyenaraian itu bertujuan memantapkan lagi organisasi Felda serta meluaskan ruang perniagaan bersama rakan kongsi niaga antarabangsa menerusi pengkomersilan produk-produk hiliran hasil keluaran Felda.

"Percayalah, Felda yang diasaskan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak (Hussein) tidak akan dikhianati malah usaha dan pengorbanan para peneroka selama ini bagi kemajuan Felda dan negara akan dibawa lebih jauh lagi," katanya pada majlis Penyampaian Skim Insentif Tanam Semula Felda Wilayah Kuantan di Dewan Felda Chini Timur 3 di Chini, dekat sini, Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Najib berkata para peneroka perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Felda dan tidak perlu terpengaruh dengan pelbagai dakyah pihak-pihak tertentu yang mendakwa penyenaraian itu kelak merugikan para peneroka.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, kerajaan menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut menyediakan insentif kepada peneroka yang telah menebang pokok kelapa sawit berusia lebih 25 tahun untuk tujuan penanaman semula dari tahun 2008 hingga 2009.

"Bagi menggalakkan usaha itu bayaran sebanyak RM1,000 sehektar diberikan kepada peneroka yang mula menebang dan menanam semula pokok-pokok sawit mereka bermula 1 Dis 2008 hingga 30 Jun 2009," katanya.

Sementara itu, Isa ketika ditemui pemberita berkata kerajaan sedang berbincang dengan MPOB untuk memberikan insentif serupa kepada peneroka yang berbuat demikian dalam tempoh 2004 hingga 2005 di 36 tanah rancangan Felda seluruh negara.

"Sehingga kini seramai 10,020 peneroka telah menerima insentif itu yang melibatkan bayaran berjumlah RM14.81 juta," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan