Muhyiddin Lawat Taman Medan Baru, Beramah Mesra Dengan Masyarakat Setempat

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa kira-kira sejam petang ini melawat Taman Medan Baru di kawasan Parlimen Petaling Jaya (PJ) Selatan di sini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengambil peluang minum petang bersama penduduk selain berbincang mengenai isu setempat dengan wakil BN di kawasan itu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan lima buah kerusi roda kepada penduduk kurang upaya sebelum melawat tapak pasar malam yang terletak bersebelahan.

Bersama beliau sepanjang lawatan itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Lim yang ditemui kemudian, berkata BN tidak pernah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan parlimen tersebut walaupun diwakili pihak pembangkang.

Mengulas lanjut, Pengerusi BN PJ Selatan itu berkata sebanyak 5,000 unit rumah pangsa telah dibina sepanjang empat tahun lepas bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

"Di sini ada isu infrastruktur, tetapi kami berusaha menambah baik dari semasa ke semasa.

"Pakatan Rakyat tidak banyak melakukan kerja bagi tempoh beberapa tahun lepas. Saya harap masyarakat tahu mengenainya dan akan memberi peluang kepada BN. Saya harap penduduk di sini faham kita akan terus membantu mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan