Kajian Cadangan 1Care Siap Dalam Tempoh 2 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kajian mengenai cadangan untuk merombak kembali sistem kesihatan di negara ini menerusi Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care (1Care) hanya akan siap dalam tempoh dua tahun.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata tempoh masa yang cukup diperlukan bagi mendapatkan maklum balasa dan pandangan semua pihak termasuk rakyat, pihak berkepentingan, doktor, jururawat serat pihak swasta.

Selain itu Dr Chua turut menolak beberapa maklumat yang diperolehi daripada internet yang mengatakan bahawa menerusi skim berkenaan pesakit hanya dibenarkan menerima rawatan hanya enam kali setahun.

"Ini adalah satu pembohongan untuk menimbulkan perasaan marah rakyat kepada kerajaan serta memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN),' katanya di sini.

Beliau menambah, penyusunan semula sistem kesihatan perlu berikutan perubahan dalam trend penyakit di negara ini, seperti peningkatan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi, penyakit jantung dan kanser.

Dr Chua berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan bahawa golongan miskin akan terus menerima rawatan daripada kerajaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan