Isu Kuin: Mat Sabu Anggap MB Kedah Salah Faham

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS menafikan sekeras-kerasnya parti itu mengeluarkan arahan 'tutup mulut' kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak memberi komen mengenai isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar baru-baru ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, mungkin timbul salah faham dipihak Azizan berhubung isu berkenaan kerana parti itu tidak pernah mengeluarkan arahan seumpamanya.

"Tidak, tidak, tidak...kita tak pernah bagi arahan suruh Datuk Seri Azizan tutup mulut. Tak mungkin kita bagi arahan macam itu.

"MB (Menteri Besar) mungkin sudah salah faham," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru apabila Azizan mengakui bahawa beliau diarahkan supaya menutup mulut daripada memberi komen mengenai Akta universiti dan Kolej universiti (Auku).

Bagaimanapun Azizan tidak mendedahkan siapakah pihak yang mengeluarkan arahan tersebut namun difahamkan arahan berkenaan diterima daripada kepimpinan PAS.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, PAS sebaliknya meminta Azizan menyelesaikan isu Kuin secara kekeluargaan dan bukannya secara terbuka khususnya melalui media.

"Yang kita nasihatkan ialah agar beliau selesaikan secara dalam keluarga, selesai secara baik.

"Kita tak mahu kecoh-kecoh... itu sahaja. Perkara ini boleh diselesaikan secara aman," katanya.

Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin sekutu PAS iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kuin.

Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi Kuin mengambil tindakan berlandaskan Auku manakala dalam Buku Jingga ia dicadang untuk dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.

Bagaimanapun Azizan membidas pihak yang mengkritik dan menyerangnya dan mendakwa mereka tidak mendapat maklumat betul.

Ini kerana tindakan diambil Kuin itu bukan mengikut Auku, sebaliknya mengikut Akta IPTS 1996 kerana universiti milik kerajaan negeri itu dikategorikan sebagai IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan