Hasan Ali Tolak Sertai Kita

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menolak cadangan agar beliau mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) kerana menyifatkan asas dan hala tuju parti berkenaan tidak selari dengan prinsip perjuangannya untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi raja (IMR).

Menurut bekas Exco Selangor itu, beliau tegas dengan pendiriannya sebelum ini untuk memperkukuhkan akidah umat Islam menerusi gerakan memartabatkan IMR melalui penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai 'Jati' pada 21 Februari ini.

"Memang ada dikalangan teman-teman yang menyebut agar Hasan bergabung dengan Kita, tapi hakikatnya saya tidak bercadang (sertai Kita).

"Saya melihat dari segi penubuhannya pun, Kita tidak membawa prinsip IMR. Jadi apa-apa sahaja yang tidak membawa prinsip IMR...saya tidak boleh bersama dengan mereka," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, Pengerusi Kita negeri Kedah, Zamil Ibrahim menyatakan kesediannya 'merisik' Hasan untuk menerajui Kita bagi menggantikan Datuk Zaid Ibrahim yang menyuarakan hasrat untuk membubarkan parti itu.

Bagaimanapun Hasan berkata, beliau terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mama pihak yang sanggup mendokong agenda perjuangan IMR.

"Sesiapa sahaja yang membawa prinsip IMR, sama ada mereka terdiri daripada ahli PAS, di luar PAS atau DAP sekalipun tetapi faham dengan prinsip IMR...kita alu-alukan.

"Kami tidak letak apa-apa penghalang atau dinding untuk bersama IMR," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan