Hasan Ali Tidak Rayu, Nekad Dipecat

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Sabtu menyatakan pendirian untuk tidak lagi bersama PAS kerana mendakwa parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenarnya iaitu untuk memartabatkan Islam.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat rayuan berhubung pemecatannya daripada parti itu yang disifatkanya dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik.

"Setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.

"Sabaliknya saya membantah keputusan pemecatan saya yang bersifat arbitrari (tidak berasas) dan dilakukan mengikut selera parasit-pasrit yang sememangnya bagitu bernafsu untuk melihat saya tidak lagi berada dalam saf kepimpinan parti," katanya di sini, Sabtu.

Menurut Hasan keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk keghairahan sesetengah pemimpin PAS untuk bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP demi mengutamakan sasaran menuju Putrajaya.

"Kerap kali saya mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Ini berikutan dengan pendekatan yang diambil oleh parasit dalam PAS hingga melampaui hal-hal yang berkaitan dengan dasar parti yang terpaksa dikorbankan untuk menjaga kepentingan DAP dan PKR.

"Dalam banyak hal saya dapati pimpinan parasit dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripad DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Dalam pada itu Hasan yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu turut menyatakan bahawa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang pertuduhan berhubung pemecatannya.

"Saya tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan