Cadangan Pelepasan Cukai Kepada Penyumbang PIBG Boleh Dikaji:Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau boleh mengemukakan cadangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan supaya mereka yang menyumbang kepada persatuan itu boleh diberikan pelepasan cukai.

Beliau berkata secara peribadi cadangan itu adalah bagus jika pihak korporat dan masyarakat umum ingin menyumbang kepada PIBG bagi meningkatkan mutu pendidikan dan ini akan dapat mengurangkan beban kerajaan.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik, PIBG serta pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di sini, Sabtu.

Idea pelepasan cukai itu telah dikemukakan oleh seorang Yang DiPertua PIBG dari sebuah sekolah di Selangor semasa sesi dialog bersama Muhyiddin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata;"Setakat ini tidak sumbangan kepada PIBG tidak dikecualikan cukai, tapi kalau ada asas kukuh kita bawa, kalau permohonan datang dari PIBG kita boleh kemukakan kepada Perdana Menteri beliau boleh menimbang dengan bijaksana."

Pada sesi dialog itu, Muhyiddin berkata hasil audit sekolah-sekolah yang dijalankan tahun lepas mendapati hampir 600 sekolah sudah cukup uzur serta mengancam keselamatan pelajar.

Katanya walupun Kementerian pelajaran mendapat peruntukan besar namum perbelanjaan bagi sekolah yang uzur diberi mengikut keutamaan.

Sebelum itu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata pemberian bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap pelajar dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)sebanyak RM500 kepada isi keluarga berpendapatan bawah RM3,000 itu adalah hasil maklum balas rakyat kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata rakyat memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai rintiha bebanan kehidupan mereka semasa program turun padang pemimpin bersama rakyat.

Sejumlah enam juta pelajar sekolah mendapat bantuan itu dan kerajaan membelanjakan RM600 juta bagi meringankan kesan kenaikan sara hidup di negara ini, katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin juga menyampaikan bantuan RM3 juta kepada PIBG dan RM6.2 juta kepada Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Agama dan Fardhu Ain di seluruh Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan