Bekas KP Jabatan Muzium Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Dr Adi Taha meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di sini awal pagi Sabtu.

Menurut anaknya, Adzimah Adi, 30, bapanya meninggal dunia kira-kira 2.40 pagi. Jenazah kini berada di No 1, Lorong Ayer Leleh 2, Ayer Panas, Setapak.

Ketika dihubungi Bernama, Adzimah berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa sebelum atau selepas waktu Zohor.

Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Ogos 1951 di Kodiang, Kedah, meninggalkan balu Datin Wan Aminah Wan Yusof serta enam anak.

Arwah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JMM dari 2002 hingga 2007.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rais Yatim, antara yang terawal menziarahi jenazah, menyifatkan arwah sebagai seorang pelopor permuziuman di negara yang banyak membuat penyelidikan mengenai peninggalan manusia prasejarah, tamadun Lembah Bujang dan adat.

"Doktor Adi juga banyak membantu dalam usaha mewujudkan Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan.

"Kehilangan beliau akan dirasai dalam kalangan akademia warisan dan budaya," kata Rais. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan