Abdul Hadi Akan Bertanding Dalam PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dengan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU-13.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik yang diadakan pada Khamis dan Abdul Hadi turut akur dengan keputusan tersebut.

“Maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) menghadapi PRU-13,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tuan Ibrahim berkata, PAS bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.

“Walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan presiden (Abdul Hadi) terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta presiden terus menerajui PR.

"PAS yakin dengan karisma kepimpinan, kewibawaan dan kedudukan Abdul Hadi untuk memimpin parti,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan