Skim Pembiayaan Khas Perumahan Awam Tidak Jejas Pencarum KWSP:PM

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Kerajaan pada Jumaat memberi jaminan penggunaan RM1.5 bilion dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarum KWSP.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP.

"Skim yang dicadangkan itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli.

"Jadi sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih besar, soal kepentingan KWSP sentiasa kita lindungi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan sesetengah pihak terhadap penggunaan RM1.5 bilion dana daripada KWSP untuk membiayai program berkenaan.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri rosmah Mansor yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu sebelum itu menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata skim pembiayaan itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, terutama mereka yang tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

"Ini merupakan skim mesra rakyat, terutama golongan yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan pencarum KWSP.

Skim itu dilancarkan Perdana Menteri pada 28 Jan lalu setelah jemaah Menteri mempersetujui skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar itu.

Skim itu dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan juga Perumahan Awam DBKL.

Ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada KWSP. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan