Rakyat Mesti Yakin Dengan Kemampuan Kerajaan BN - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat mesti yakin dengan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus membela kebajikan mereka dan membangunkan negara ini sehingga mencapai status negara maju lapan tahun lagi pada 2020.

Beliau berkata, kerajaan sudah mempunyai agenda besar untuk memajukan rakyat dan negara, yang bukan suatu agenda yang direka mengikut sesuka hati tetapi agenda itu dibuat dengan perancangan yang begitu tersusun.

"Impian teragung kita, biarlah dalam lapan tahun lagi negara Malaysia akan dimartabatkan sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Kita akan menjadi negara Islam pertama di dunia boleh mencapai negara maju," katanya semasa berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Batu Burok di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu terus memberi mandat kepada BN untuk memerintah negara ini, supaya usaha membawa tranformasi yang lebih besar kepada landskap negara mencapai kejayaan.

Najib yang juga Presiden Umno turut membidas PAS yang hanya pandai menabur janji untuk meraih sokongan rakyat padahal pemimpin parti itu hanya menipu rakyat.

Beliau mempersoalkan apakah yang dilakukan oleh PAS ketika berpeluang memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004, kerana tidak kelihatan perubahan yang mereka lakukan.

Perdana Menteri berharap rakyat Terengganu tidak akan membiarkan peristiwa tersebut (PAS perintah Terengganu) kembali berulang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Najib berharap DUN Batu Burok yang dikuasai PAS sejak 26 tahun lalu, dan juga DUN lain yang kini dikuasai pembangkang, akan dirampas kembali oleh BN pada PRU-13. Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu, turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi DUN Batu Burok berjumlah RM3.6 juta, DUN Ladang (RM1.4 juta), DUN Wakaf Mempelam (RM2.7 juta) dan DUN Bandar (RM2 juta).

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan