Nik Aziz Mahu Berundur Tetapi Dihalang PAS Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini, Jumaat.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz berkata keputusan Abdul Hadi berbuat demikian "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi Pas itu.

Katanya Pas kini mempunyai banyak tokoh berkelayakan untuk menjadi calon, termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, berbanding guru-guru pondok dan orang kampung sebelum ini.

Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu. Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan