Najib Perlu Tangguh PRU - Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu menangguhkan pilihan raya bagi memberi ruang untuk memenangi sokongan pelbagai pihak termasuk kaum cina, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh mendapatkan kemenangan mudah tanpa memenangi kembali kehilangan majoriti dua pertiga pada 2008 sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Katanya lagi Najib perlu berusaha keras untuk memenangi semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

"Jika ada masa, guna masa itu untuk terus mendapatkan sokongan," katanya dalam wawancara bersama agensi berita Bloomberg.

Tambah Dr Mahathir lagi, BN tidak boleh kehilangan sokongan daripada mana-mana kelompok dalam negara kerana menurutnya wujud persepsi bahawa orang Cina tidak akan mengundi kerajaan.

Najib yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pertengahan 2009 mempunyai tempoh untuk mengadakan pilihan raya menjelang 2013.

Bagaimanapun najib mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan lebih awal apabila pada Disember lalu mengumumkan bahawa persiapan telahpun diadakan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan