Malaysia Minta Asean Kurangkan Perbelanjaan Aset Pertahanan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negara-negara Asean disaran mengurangkan perbelanjaan aset pertahanan dari luar rantau dan menggalakkan pembangunan senjata antara negara anggota.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak US$25 bilion dibelanjakan oleh negara-negara Asean setiap tahun bagi membeli aset pertahanan dan ini wajar dikurangkan.

"Kita harap wang itu tidak dibelanjakan di luar rantau Asean, dan jika ia perlu juga dibelanjakan, ianya biarlah bersekitar kecairannya di sekitar negara Asean dan tidak di luar rantau ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Zahid sebelum itu menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Jen Zulkifeli Mohd Zin.

Pada 2009, Zahid mencadangkan Penubuhan Kolaborasi Industri Pertahanan Asean (ADIC) sebagai langkah mengurangkan import aset dari negara di luar Asean, kecairan pertukaran mata wang asing yang lebih menguntungkan negara Asean dan kebolehan berdiri sendiri menggunakan aset serta produk yang dihasilkan.

Penubuhan ADIC masih di peringkat kertas kerja konsep, namun ia telah diterima pakai pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean di Jakarta pada 19 Mei tahun lepas.

Zahid berkata saranan perbelanjaan pertahanan itu adalah sejajar dengan semangat Asean yang tidak mahu pembelian aset pertahanan dijadikan satu perlumbaan senjata antara negara-negara anggota.

Mengenai pameran pertahanan di Singapura bulan ini, beliau berkata bagi menunjukkan penghargaan terhadap penyertaan republik itu dalam Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) tahun lepas, Malaysia menghantar pesawat pejuang MIG-29N ke pameran itu.

Zahid berkata pameran seumpama itu menunjukkan koloborasi yang sihat antara negara Asean selain memacu ekonomi sektor pertahanan antara rantau.

Terdahulu dalam ucapannya Zahid berkata bahawa pada 19 Jan lepas, Kementerian Pertahanan telah mengadakan taklimat perolehan aset kepada wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang bagi menjelaskan langkah kerajaan dan dasar pertahanan negara dalam menyediakan peruntukan pembangunan pertahanan.

"Usaha ini penting supaya rakyat tidak terpedaya dengan tohmahan-tohmahan yang dibangkitkan oleh parti pembangkang melalui saluran media dan juga ceramah-ceramah politik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan