Kita Tidak Bubar, Zaid Digesa Letak Jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

PUTRAJAYA: Datuk Zaid Ibrahim digesa meletak jawatan dan berundur daripada mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) kerana disifatkan gagal menguruskan parti itu dengan baik.

Pengerusi Kita negeri Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Zaid sepatutnya berundur daripada parti berkenaan dengan cara terhormat tanpa merosokkan imej parti yang baru berusia setahun itu.

Sambil menyifatkan Zaid sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengumumkan pembubaran Kita tanpa persetujuan semua pihak khususnya pemimpin peringkat negeri.

"Lebih baik beliau keluar dengan cara terhormat, keluar tanpa merosakkan parti ini yang sedang menuju kearah peperangan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Turut menyokong gesaan agar Zaid meletak jawatan dan berundur daripada Kita ialah Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.

Selain itu tegas Zamil, Kita tidak akan dibubarkan walaupun Zaid tidak lagi mengetuai parti itu.

"Kita akan teruskan parti ini, walaupun tak ada Datuk Zaid. Kami boleh uruskan parti ini sendiri.

"Parti politik seperti Kita ini bukan seperti syarikat guaman atau syarikat-syarikat lain yang boleh dibuka dan ditutup sewenang-wenangnya. Kita ada ahli yang ramai. Kenyataan Datuk Zaid seolah-olah menconteng arang ke muka kami pemimpin-pemimpin negeri," katanya.

Pada Khamis Zaid mengumumkan bahawa beliau akan membubarkan Kita yang ditubuhkan pada pertengahan Disember 2010 akan dibubarkan menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Zaid pembubaran itu wajar bagi menghapuskan keraguan bahawa Kita tidak memihak kepada pembangkang berikutan terdapat beberapa ahli Kita terutama di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka telah mengkritik pembangkang secara berterusan.

Zaid yang sebelum ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang kemudian ditukar nama kepada Kita dalam Muktamar Agung Tahunan AKIM 2010.

Mengulas lanjut, Zamil berkata keputusan untuk membubarkan Kita tidak mencerminkan keinginan sebenar kepimpinan negeri termasuk kira-kira 10,000 ahlinya di seluruh negara.

"Itu pandangan dan pendapat peribadi beliau. Bagi kami ketua-ketua negeri membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk membubarkan parti.

"Malah alasan untuk membubarkan parti seperti yang dinyatakan Datuk Zaid juga lebih kearah kepada persoalan peribadi tanpa merujuk kepada asas dan matlamat parti," katanya.

Berhubung kenyataan Zaid yang akan memanggil EGM dalam masa terdekat, Zamil berkata adalah mustahil hasrat pembubaran Kita akan berjaya sekiranya beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti.

Jelas beliau, Fasa 28.1 Perlembagaan Kita menyatakan bahawa parti itu tidak boleh dibubarkan secara sukarela tanpa persetujuan tiga per empat ahli yang layak hadir pada sesuatu EGM.

"Negeri-negeri yang aktif seperti Kedah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Sabah bantah pembubaran Kita.

"Buat masa ini Kita tidak wujud di semua negeri seluruh negara. Jadi mustahil beliau berjaya bubarkan Kita tanpa sokongan majoriti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan