Dewan Pemuda PAS Pusat Kecam Tindakan Bakar Kereta, Rumah Dzulkefly

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat pada Jumaat mengecam tindakan pihak tertentu yang membakar kereta dan rumah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor Baru, awal pagi tadi.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Noor menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh individu tidak bermaruah kerana hanya mampu 'menyerang hendap' pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani bersemuka dengannya.

"Kejadian itu dilihat sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS itu," katanya menerusi satu kenyataan media, Jumaat.

Pada tahun lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menerima nasib sama apabila rumahnya dilontar Molotov Cocktail oleh individu tidak bertanggungjawab dalam cubaan untuk membakar rumah beliau.

"Kami bimbang dengan tindakan ala 'gangster atau mafia' yang diamalkan oleh sesetengah pihak di negara ini," katanya.

Riduan berkata, perbuatan itu dilakukan seolah-olah sebagai memberi mesej dan amaran kepada pemimpin PAS supaya tidak sesekali berani bangkit membantah kezaliman.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat kejadian tersebut secara terperinci dan berharap insiden itu tidak berulang kembali pada masa akan datang.

"Kami turut mendoakan semoga Dzulkefly Ahmad sekeluarga tabah menghadapi ujian yang melanda dan semga ujian ini akan menguatkan beliau dalam perjuangan ini," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi Jumaat, sebuah kereta BMW milik Dzulkefly hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kejadian itu turut mengakibatkan tingkat bawah rumahnya terbakar.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan