Persepsi Masyarakat India Terhadap BN Adalah Positif - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persepsi masyarakat India terhadap kerajaan Barisan Nasional melalui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah positif, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Menteri Sumber Manusia itu berkata tahap sokongan masyarakat India terhadap kerajaan kini meningkat antara 60 ke 75 peratus.

"Bagaimanapun peningkatan tahap sokongan ini berbeza-beza bagi setiap tempat yang berlainan," katanya selepas pelancaran buku "The Dancing Girl: A History of Early India" di Royal Lake Club, Taman Tasek Perdana, di sini, Rabu.

Dr Subramaniam berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai peruntukan sekolah Tamil juga memberi mesej baik kepada masyarakat India di negara ini.

"Baru-baru ini (Perdana Menteri) ada umum enam sekolah baru, itu juga satu mesej yang mendapat penerimaan baik (daripada masyarakat India)," katanya.

Pada 22 Januari lepas Najib mengumumkan kerajaan telah meluluskan pembinaan enam lagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

Mengenai buku "The Dancing Girl: A History of Early India", Dr Subramaniam berkata ia sangat sesuai kepada generasi muda sama ada orang India atau kaum lain di negara ini untuk lebih memahami antara satu sama lain mengenai latar belakang dan budaya masyarakat India.

Buku mengenai sejarah India dari zaman kuno hingga 1600 Masehi ditulis oleh mendiang Dr Balaji Sadasivan, bekas Menteri Kanan Hal Ehwal Luar Singapura meliputi aspek penting mengenai sejarah orang India yang bermula dari budaya bandar kuno tamaduan Lembah Indus, juga menyentuh dua hikayat Hindu, Ramayana dan Mahabharata serta pengasas agama Buddha dan Jainisme.

Buku setebal 313 muka surat dan berharga S$69.90 itu turut menjelaskan secara terperinci sejarah rakyat India diaspora yang dianggarkan lebih 25 juta orang di 110 negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan