Pengarah Lembaga Nanas Zon Selatan Ditemui Mati

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pengarah Lembaga Nanas Malaysia Zon Selatan, Abdul Rahman Husin ditemui mati di rumahnya di Taman Sri Pinang, dekat Pontian, Khamis.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zahaliman Jamin berkata Abdul Rahman, 52, ditemui mati tertiarap di dalam bilik air oleh pemandunya, kira-kira pukul 7 pagi.

"Pemandu Abdul Rahman telah datang rumah itu untuk membawanya ke Taman Negara Pulau Kukup bagi menghadiri sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia.

"Pemandunya bertindak membuka pintu jeriji yang tidak berkunci dan mengumpil pintu kayu selepas tidak mendapat maklum balas dari Abdul Rahman apabila mengetuk pintu berkali-kali," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zahaliman berkata Abdul Rahman tinggal berseorangan di rumah berkenaan manakala keluarganya berada di Batu Pahat.

Beliau berkata siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku ke atas Abdul Rahman dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan