Pemuda PAS Syak Umno Taja Jati & Dr Hasan Ali

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai 'Jati' oleh Datuk Dr Hasan Ali sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu termasuk mengaitkannya dengan Umno.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, dakwaan itu dibuat berdasarkan agenda yang diperjuangkan Jati iaitu untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja Melayu.

"Saya melihat gerakan yang cuba dilakukan oleh Datuk Dr Hasan ini jelas merupakan satu perancangan yang ditaja oleh pihak tertentu.

"Dengan melihat agendanya untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, ia memberikan persepsi bahawa ada kaitan dengan sebuah parti politik yang memperjuangkan slogan bangsa, agama dan negara," katanya di sini, Rabu.

Dalam pada itu Raja Ahmad turut mencabar Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu agar bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya tidak terkejut selepas ini Datuk Dr Hasan akan bertanding atas tiket Umno. Ini kerana semua program penerangan dan ceramahnya di seluruh negara telah diuruskan oleh Umno.

"Bagi saya, Datuk Dr Hasan boleh memilih mana-mana kerusi yang ingin beliau tandingi pada PRU-13 nanti.

"Bagi pihak PAS, kami bersedia bertembung dengan beliau yang menjadikan isu parasit sebagai tiket untuk menyerangan PAS," tegas beliau.

Pada Isnin, Hasan yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu mengumumkan penubuhan Jati yang akan dirasmikan penubuhannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, 21 Februari ini, dijangka disertai beberapa NGO Islam dan bukan Islam dari seluruh negara.

Menurut Hasan, Jati mahu berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga, yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan